Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus tamatkan acara keirin di tempat kesembilan

Astro Arena
Oktober 18, 2024 11:51 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan. - Stadium Astro
PELUMBA berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan malam tadi.
Dalam perlumbaan di Ballerup, Denmark itu, Shah Firdaus menamatkan saingan separuh akhir pertama di tempat keempat, sekali gus terlepas tempat ke final, yang hanya memperuntukkan tiga pelumba terbaik daripada setiap perlumbaan separuh akhir.
Dalam penentuan tempat ketujuh hingga 12, dia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus menduduki tempat kesembilan keseluruhan.
Sebagai rekod, Shah Firdaus menamatkan acara sama dalam edisi tahun lalu di tempat ke-10.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Ridwan Sahrom, yang merupakan adik kepada Shah Firdaus, kandas dalam perlumbaan repechage pusingan pertama. -- Stadium Astro
#Berbasikal Trek Dunia #Shah Firdaus Sahrom #acara Keirin #tempat kesembilan
;