Berang dengan kekalahan, penyokong bertindak serang pemain, jurulatih

Agensi
Mei 16, 2018 02:14 MYT
Lelaki yang menutup muka berlari di kawasan latihan Sporting Lisbon. (Foto AP)
Sekumpulan peminat dan penyokong bertindak menceroboh pusat latihan Sporting Lisbon pada Selasa, menyerang pemain dan kakitangannya.
Susulan itu, Sporting telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengutuk apa yang disifatkan "perbuatan vandalisme dan serangan ke atas atlit, jurulatih dan kakitangan profesional."
Televisyen awam melaporkan, sekitar 50 penceroboh yang menutup muka bagi menyembunyikan identiti mereka, telah menyerang beberapa pemain dan kakitangan.
Mereka turut merosakkan bilik persalinan pemain.
Sporting terlepas peluang kejuaraan Liga Juara-Juara untuk musim depan selepas kekalahan dalam pusingan terakhir liga Portugal, menyebabkan mereka mengakhiri saingan di tangga kedua hujung minggu lalu.
Mereka kini dalam persiapan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Portugal menentang Aves pada Ahad.
#bola sepak #ceroboh #gaduh #keganasan #liga #pemain #Portugal #serangan #Sporting Lisbon