Belgium dahagakan kejuaraan Piala Dunia - Courtois

Astro Arena
Mac 30, 2021 09:09 MYT
Thibaut Courtois mengawal bola ketika perlawanan Piala Dunia 2022 kumpulan E antara Czech Republic dan Belgium di Stadium Sinobo, di Prague, Republik Czech, 27 Mac, 2021. (Foto AP)
THIBAUT Courtois berkata pemain-pemain Belgium 'dahaga' menjulang Piala Dunia di Qatar buat pertama kali tahun depan.
Belgium, pasukan nombor satu dunia, menamatkan saingan di tempat ketiga kejohanan edisi 2018, menewaskan England dalam aksi play-off selepas tewas kepada pemenang, Perancis dalam separuh akhir.
Skuad kendalian Roberto Martinez memulakan kempen kelayakan bagi kejohanan tahun depan dengan kemenangan 3-1 ke atas Wales, namun terikat 1-1 dengan Republik Czech Sabtu lalu.
Courtois tidak asing dengan kejuaraan, memenangi kedua-dua Liga Perdana Inggeris dan LaLiga dua kali, termasuk Liga Europa pada 2012.
Penjaga Real Madrid itu terdesak mahukan trofi Piala Dunia -- dan dia pasti rakan sepasukannya berkongsi keinginan yang sama.
"Saya sangat dahaga," katanya.
"Kejuaraan yang belum anda menangi adalah kejuaraan yang paling anda mahukan.

Gym days. pic.twitter.com/S5vXQhSydG

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) March 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Euro, Piala Dunia dan Liga Juara-Juara (UCL) yang belum saya menangi. Tetapi saya rasa semua pemain dalam skuad sangat lapar untuk bermain untuk kejuaraan ini.
"Setiap pemain dahagakan memenangi gelaran tersebut, anda akan melihatnya dalam setiap pasukan.
"Dalam satu musim, anda tidak akan sesekali memenangi trofi, jadi dalam setiap final dan menjelang setiap kejohanan, rasa lapar itu benar-benar ada."
#Thibaut Courtois #Belgium #Piala Dunia #Qatar #Republik Czech #Roberto Martinez #LaLiga #Liga Perdana Inggeris #play-off #England #Liga Juara-Juara #UCL #Wales
;