Belasungkawa: Azimuddin Syakir kehilangan bapa sewaktu berjuang untuk negara
Astro Arena
Jun 4, 2024 12:56 MYT
Jun 4, 2024 12:56 MYT
PEMAIN hoki negara, Azimuddin Syakir Kamaruddin, kehilangan bapanya, yang selama ini merupakan pendorong utamanya dalam sukan berkenaan.
Bapanya, Kamaruddin Misman, meninggal dunia di Kluang, Johor awal pagi tadi, pada ketika Azimuddin Syakir sedang mewakili negara dalam Kejohanan Piala Negara-Negara di Poland.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan berkata: "Selepas mencapai kata sepakat di antara Azimuddin dan keluarganya, ekoran perjalan pulang ke Malaysia akan mengambil masa sehingga 30 jam, Azimuddin akan kekal berada di Poland sehingga tamat kejohanan."
Allahyarham Kamaruddin, atau dikenali sebagai Wak Din, tidak asing dalam arena hoki di Malaysia dan merupakan Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) Johor dibawah Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) sejak 2019 hingga akhir usianya.
Allahyarham juga pernah membantu skuad hoki dalam dewan wanita negara muncul juara Sukan SEA Filipina 2019 ketika bertindak sebagai penolong jurulatih.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Pemain Hoki Negara
#Azimuddin Syakir Kamaruddin
#kehilangan bapa
#meninggal dunia
#Kamaruddin Misman
#Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor