Belanda yakin dapat tumpaskan Costa Rica

Haider Yutim
Julai 5, 2014 18:59 MYT
Costa Rica dijangka akan banyak menangkis serangan Belanda
Perlawanan di antara Belanda dan Costa Rica awal pagi esok merupakan pertemuan yang pertama di antara kedua buah pasukan dalam kejohanan peringat suku akhir Piala Dunia 2014.
Pasukan Belanda berjaya memasuki peringkat tersebut setelah menewaskan Mexico, manakala Costa Rica pula berjaya ke suku akhir selepas mengalahkan Greece dalam penentuan penalti.
Prestasi peringkat kumpulan dan pusingan kedua Piala Dunia menyaksikan pasukan itu beraksi mantap dan sukar ditewaskan meskipun hampir dikecewakan oleh Mexico yang dibelakangi penjaga gol hebat, Guillermo Ochoa.
Views: Arena Fonte Nova by Google Maps
Meskipun Belanda kehilangan Nigel De Jong yang ditimpa kecederaan pangkal peha, namun jurulatih mereka Louis Van Gaal menaruh kepercayaan tinggi terhadap pasukannya untuk mara ke peringkat seterusnya dan ke final.
Pada peringkat ini, tentunya pasukan Oranje itu tidak akan mengambil mudah berkenaan pertemuan mereka dengan Costa Rica.
Bagi Costa Rica pula, mereka perlukan persembahan yang mantap terutama dari Bryan Ruiz dan Joel Campbell.
Pemain Belanda, Arjen Robben. Foto AP
Bagi mereka, meskipun Belanda pasukan yang hebat namun mereka tetap yakin mempunyai peluang untuk menewaskan Belanda.
Untuk perlawanan yang bakal berlangsung di Arena Fonte Nova itu nanti, Costa Rica dijangka akan banyak bertahan berbanding pasukan Belanda yang akan banyak melakukan serangan dan seterusnya meraih kemenangan.
Tempat: Salvador. Waktu perlawanan: 4 pagi.
#2014 #Belanda #Costa Rica #Piala Dunia #Robin van Persie #salvador
;