Bekas penjaga gol melalak dituduh "scammer'
Astro Arena
Mac 5, 2024 19:02 MYT
Mac 5, 2024 19:02 MYT
SEORANG bekas pemain sensasi pasukan bola sepak kebangsaan China dilanda emosi semasa satu sesi siaran langsung (live) di mana dia bertindak menjerit kepada penonton dalam sesi tersebut yang menuduhnya menggunakan wang derma amal yang dilakukan olehnya.
Sejak bersara daripada pasukan kebangsaan pada April 2023 lepas, Zhao Lina, 32, telah mengabdikan dirinya untuk projek amal yang dikenali sebagai Star Football Plan.
Projek itu membantu sekolah-sekolah membina padang bola sepak dan melatih jurulatih dan kanak-kanak, lapor Shanghai Morning Post.
Selain mewar-warkan projek itu dalam iklan, Zhao, yang mempunyai 3.75 juta pengikut di Douyin, melakukan sesi penstriman langsung di media sosial setiap hari untuk mengumpul wang bagi tujuan itu.
Pada satu sesi (live) itu pada 24 Februari, beberapa orang meninggalkan komen dengan menuduhnya menggelapkan dana melalui badan amal.
Tuduhan itu mencetuskan titisan air matanya.
“Saya telah bermain bola sepak selama 24 tahun. Saya bertanding di Olimpik, saya bertanding di Piala Dunia dan saya memenangi kejuaraan Piala Asia AFC. Kenapa awak menuduh saya begitu?” Zhao yang jelas tertekan bertanya kembali kepada yang membuat tuduhan itu.
“Saya sudah bersara daripada pasukan. Apa salahnya saya menjadi duta produk dan berinteraksi sebagai hos penstriman langsung (live host)?” dia bertanya.
Selepas kemarahannya menjadi tular, Zhao menulis di Weibo pada hari berikutnya bahawa dia tidak akan berputus asa.
“Bagi saya, menangis di khalayak ramai seperti berlari berbogel. Saya masih tidak mempunyai keberanian untuk melihat diri saya dalam rakaman itu. Saya tahu bahawa saya harus menjadi lebih kuat,” kata Zhao.
Dia berkata dia berharap orang ramai akan mengalihkan perhatian mereka daripada krisis kepada kerja amalnya.
Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, bekas penjaga gol itu dan rakan-rakannya telah melawat 20 sekolah rendah di kawasan pedalaman di wilayah autonomi Uygur Xinjiang utara, wilayah Yunnan dan Guizhou barat daya, dan wilayah Jiangxi di timur.
Mereka telah membina empat padang, menderma peralatan bola sepak kepada 40 sekolah, dan melatih beberapa guru dan jurulatih.
Zhao berkata inisiatif bola sepaknya telah menerima sumbangan daripada lebih 80,000 pengguna internet setakat ini.
“Saya berdiri di sisi awak. Teruskan,” kata seorang penyokong yang bersimpati pada Douyin.
“Jika anda tidak mempunyai mentaliti yang cukup kuat, jangan buat siaran langsung. Sesetengah orang tidak akan mengubah pemikiran mereka kerana melihat anda menangis,” komen dari fanatiknya yang lain.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#bekas penjaga gol China
#sesi siaran langsung
#menangis
#badan amal
#Zhao Lina
#pemain bola sepak wanita