Bekas pengurus JDT 2 digantung 20 tahun

Astro Awani
Mei 17, 2014 12:14 MYT
On Jabbar - Gambar fail
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menjatuhkan hukuman penggantungan 20 tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak ke atas On Jabbar yang didapati bersalah dalam insiden menumbuk pengadil .
On yang merupakan Bekas Pengurus Johor Darul Takzim 2 menyerang pengadil Shukri Abdul Rahman selepas pertemuan Liga Perdana menentang UiTM FC 19 April lalu di Stadium Pasir Gudang.
On turut didenda RM50,000 atas kesalahan itu dan memandangkan dia merupakan ahli Exco Persatuan Bola Sepak Negeri Johor ketika itu, PBNJ turut didenda RM40,000.
#denda #FAM #gantung 20 tahun #on jabbar #PBNJ