Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Astro Arena
Mei 9, 2024 10:45 MYT
Mei 9, 2024 10:45 MYT
BEKAS rakan sepasukan, Ayron Del Valle, memberikan kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Melalui hantaran rasmi di laman Instagramnya, dia mengucapkan "Kuatkan diri sahabat, semoga segera sembuh."
Dia dan Faisal merupakan penggempur utama Selangor pada musim lalu sehingga berjaya membawa pasukannya itu menjadi naib juara Liga Super Malaysia sekal igus melayakkan diri bersaing di peringkat Asia.
Sepanjang 31 perlawanan Ayron bersama Selangor, dia telah mengumpul 24 jaringan gol dan lima bantuan jaringan. - Stadium Astro