Bekas juara dunia kelas heavyweight, Leon Spinks Jr meninggal dunia

Astro Awani
Februari 7, 2021 08:20 MYT
Leon Spinks Jr meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser prostat. - REUTERS
LAS VEGAS: Bekas juara dunia kelas heavyweight, Leon Spinks Jr meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser prostat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat perhubungan awam, mendiang meninggal dunia pada Jumaat dikelilingi isterinya, Brenda Glur Spinks, serta ahli keluarga dan rakan rapat.
Spinks memenangi pingkat emas dalam acara tinju semasa Kejohanan Olimpik di Montreal pada 1976.
Namun dia menjadi lebih terkenal selepas mengalahkan Muhammed Ali bagi merebut gelaran juara dunia kelas heavyweight pada 1978.
Spinks hanya memenangi tujuh perlawanan profesional sebelum berdepan dengan Ali ketika itu.
#Leon Spinks Jr #bekas juara dunia kelas heavyweight #kanser prostat #Muhammed Ali
;