Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ

Astro Arena
Mac 28, 2024 16:30 MYT
PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas sebaik proses bedah siasat selesai. - Foto Stadium Astro
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan.
Ia membuktikan PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas sebaik proses bedah siasat selesai.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ pada awal minggu hadapan. PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas 'post mortem'.#StadiumNasional #PSM

— Stadium.Malaysia (@StadiumMalaysia) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelmarin, Malaysia tewas kepada Oman 0-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dilangsungkan di SNBJ.
Namun, keadaan padang dan rumput SNBJ pada ketika itu mengundang pelbagai persepsi -- baik positif mahupun negatif sejurus tamat perlawanan, ditambah pula dengan kecederaan dialami oleh Azam Azmi Murad yang difahamkan berpunca daripada permukaan padang yang tidak optimum.
Tapi ada juga yang berpendapat keadaan padang pada malam itu lebih baik berbanding satu video yang tular beberapa hari sebelum sepak mula.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Perbadanan Stadium Malaysia #post mortem #Stadium Nasional Bukit Jalil #keadaan padang
;