Bayern lolos ke pusingan kalah mati UCL

Sinar Harian
Oktober 13, 2022 12:36 MYT
Kliment (kanan) berebut bola dengan pemain lawan Paul Wanner ketika perlawanan UCL kumpulan C antara Viktoria Plzen dan Bayern Munich di Arena Doosan, Plzen, Republik Czech, 12 Okt 2022. (Foto AP)
BAYERN Munich berjaya meloloskan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Viktoria Plzen 4-2, awal pagi Khamis.
Kelab Bundesliga itu mengesahkan kemaraan selepas Barcelona seri 3-3 dengan Inter Milan dalam satu lagi aksi dan kini mendahului Kumpulan C dengan 12 mata daripada empat perlawanan.
“Beraksi pada perlawanan di mana anda adalah pasukan pilihan dan perlu menang adalah sukar.
“Kami mempunyai 12 mata dan sudah berada dalam kelompok 16 terakhir, jadi sudah tentu kami gembira," kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.
Pada aksi tersebut, pemain sayap Bayern Sadio Mane meledak gol pertama untuk Bayern dengan menewaskan penjaga gol Plzen, Jindrich Stanek minit ke-10.
Thomas Mueller kemudiannya menggandakan kedudukan buat Bayern pada minit ke-14 sebelum Goretzka menjaringkan dua gol lagi minit ke-25 dan 35 sekali gus memberikan mimpi ngeri untuk Plzen.
Tuan rumah cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Adam Vlkanova dan Jan Kliment namun ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Bayern. - Sinar Harian
#Bayern Munich #Liga Juara-Juara Eropah
;