Bas Manchester United diserang penyokong West Ham, Lingard sempat rakam insiden

Syafique Shuib
Mei 11, 2016 15:49 MYT
Pemain Manchester United Jesse Lingard sempat merakam insiden bas diserang penyokong West Ham. Gambar: YouTube
INSIDEN bas pemain Manchester United diserang oleh penyokong West Ham kini viral di Britain.
Yang menarik, suasana kecoh berkenaan turut dirakam oleh pemain tengah Manchester United Jesse Lingard yang ketika itu berada di dalam bas.
Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan beberapa pemain Manchester United yang baring di lantai bas ketika penyokong West Ham membaling beberapa objek hingga menyebabkan cermin gelap bas rasmi mereka pecah.
Walaupun dalam keadaan sebegitu, ada pemain kelihatan tenang dan turut merakam detik cemas di luar.
Lingard yang kelihatan tenang turut sempat menjerit “Mummy” (Mak) pada penghujung video, sekali gus menjadikan rakaman itu lebih bersifat lucu.
Menurut The Telegraph, kejadian berlaku apabila bas pasukan Manchester United tiba lambat ke stadium Boleyn Ground.
Ketika itu penyokong pihak lawan iaitu West Ham sudah berkerumun di pintu masuk stadium berkenaan.
Kekecohan tersebut menyebabkan perlawanan ditangguh selama 45 minit.

West Ham fans smashing the Manchester United team bus to pieces outside Upton Park. #FarewellBoleyn pic.twitter.com/MmhTW3FBLP

— Dream Team (@dreamteamfc) May 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan lain, pihak West Ham mengecam tindakan penyokong yang menyerang bas Manchester United.
“Kami sedar terdapat insiden dimana penyokong kami di luar Boleyn Ground telah bertindak di luar kawalan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Mereka turut berkata, pihak yang didapati bertanggungjawab atas insiden itu akan dikenakan larangan seumur hidup.
Ia juga akan bekerjasama dengan Manchester United dan polis untuk melancarkan proses siasatan.
Dalam perlawanan tersebut, West Ham menang 3-2.
#Kini Trending #Manchester United #West Ham