Bas JDT dikepung, mujur tiada insiden buruk berlaku

Astro Arena
November 6, 2015 15:55 MYT
Kira-kira 1,000 penyokong skuad Bos Gaurus cuba mengepung laluan bas pasukan JDT. - Foto Astro Arena
KEKECOHAN penyokong hampir tercetus di luar stadium selepas perlawanan antara Perak-JDT tamat dalam aksi Piala Malaysia di Ipoh malam tadi.
Ia dipercayai terdapat segelintir penyokong yang berniat dendam susulan insiden kekecohan di Stadium Larkin Ogos lalu.
Kira-kira 1,000 penyokong skuad Bos Gaurus cuba mengepung laluan bas pasukan JDT.
Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan sebelum mengarahkan penyokong bersurai.
Bas yang membawa pasukan JDT hanya beredar sekitar jam 12.30 pagi dari perkarangan stadium selepas situasi dianggap reda.
#bola sepak #JDT #Johor Darul Takzim #Piala Malaysia
;