Baru dua minggu direhatkan, Messi tersenarai bertemu Inter Milan
Astro Awani
November 4, 2018 07:36 MYT
November 4, 2018 07:36 MYT
LIONEL Messi disenarai dalam kesebelasan utama Barcelona untuk beraksi menentang Inter Milan bagi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Selasa.
Messi diberi pelepasan awal, biarpun baru dua minggu menjalani proses pemulihan.
Messi pada 21 Okt lalu diberi tempoh rehat tiga minggu, kerana patah tangan ketika aksi menentang Sevilla bulan lalu.
Dia juga terlepas aksi bersama Barcelona ketika kelab itu menang 5-1 ke atas Real Madrid dan 2-0 ketika menentang Inter Milan.
Pada Ahad, pemain berusia 31 tahun itu dilihat menyertai pasukannya mengadakan latihan di Ciutat Esportiva.
Jurulatih Ernesto Valverde bagaimanapun mengakui beliau masih bimbang dengan prestasi pemainnya itu.
Barcelona kini menghuni tangga teratas Kumpulan B bagi Liga Juara-Juara Eropah.
#barcelona
#bola sepak
#Ernesto Valverde
#inter milan
#Liga Juara-Juara Eropah
#Lionel Messi
#patah tangan
#UCL