Barty tarik diri daripada Terbuka Indian Wells

Astro Arena
September 28, 2021 06:29 MYT
Ash Barty (gambar) tidak pernah beraksi sejak disingkirkan Shelby Rogers dalam pusingan ketiga Terbuka AS bulan lalu. - REUTERS
JUARA Kejohanan Wimbledon dan pemain nombor satu dunia, Ash Barty, menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells bulan ini.
Jaguh Australia itu tidak pernah beraksi sejak disingkirkan Shelby Rogers dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.
Barty mengikut jejak juara empat kali kejohanan Grand Slam, Naomi Osaka, yang menarik diri daripada kejohanan di California itu -- yang turut merupakan pertandingan WTA 1000 terakhir tahun ini.
Ia sesuatu yang mengejutkan selepas pemain berusia 25 tahun itu terlebih dahulu mendedahkan perancangannya untuk beraksi di Indian Wells selepas kekalahannya di Flushing Meadows.
Juara bertahan, Bianca Andreescu, akan menghadapi laluan sukar kali ini, di mana pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka, finalis Kejohanan Wimbledon, Karolina Pliskova, juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Elina Svitolina, dan juara Terbuka Australia tahun lalu, Sofia Kenin, turut mengesahkan penyertaan.
Tiga bekas juara, Simona Halep, Elena Vesnina dan Victoria Azarenka, turut akan mengambil bahagian di samping pemain remaja, Leylah Fernandez, yang layak ke final Terbuka AS.

World No. 1 Ash Barty has withdrawn from #BNPPO21. pic.twitter.com/9r3ZbQ71EE

— BNP Paribas Open (@BNPPARIBASOPEN) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ashleigh Barty #tarik diri #tenis #Terbuka Indian Wells
;