Barcelona tunda sesi latihan selepas dua kes positif COVID-19

Astro Arena
Januari 5, 2021 09:41 MYT
Jadual latihan baru dan sidang media menjelang perlawanan Athletic Club v FC Barcelona akan diumumkan esok. - Foto Astro ARENA
BARCELONA membatalkan sesi latihan hari ini selepas dua staf pasukan utama mereka diuji positif koronavirus.
Skuad kendalian Ronald Koeman itu sepatutnya mempersiapkan diri bagi perlawanan LaLiga menentang Athletic Bilbao di Stadium San Mames malam esok.
Semalam, skuad Catalan itu memaklumkan kepada pihak berkuasa sukan dan kesihatan tempatan mengenai keputusan ujian saringan berkenaan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Seluruh skuad akan menjalani ujian PCR lanjut pada pagi Selasa waktu tempatan sejajar dengan protokol LaLiga.
"Dengan itu, sesi latihan yang dirancang esok (hari ini) pada 11 pagi CET telah ditunda.
"Jadual latihan baru dan sidang media menjelang perlawanan Athletic Club v FC Barcelona akan diumumkan esok."
Skuad kendalian Koeman itu kini berada di tangga kelima liga menjelang kunjungan ke Basque bagi menentang Athletic, yang kini berada di tangga kelapan.
"Barca, yang ketinggalan 10 mata daripada kedudukan teratas LaLiga, telah memenangi dua perlawanan terakhir di laman lawan selepas gagal melakukannya dalam empat perlawanan sebelum itu.

Two members of the first team staff test positive for Covid-19

— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#barcelona #koronavirus #COVID-19 #kes positif #ujian saringan #kesihatan #sukan #sesi latihan #batal #LaLiga #perlawanan #Athletic Bilbao #ujian PCR
;