Barcelona 'troll' Manchester United

Ian Johan Ariff
April 17, 2019 13:13 MYT
Messi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona menewaskan Manchester United 3-0 di Nou Camp pada Selasa. - Foto Twitter/@FCBarcelona
KELAB Sepanyol, Barcelona menegaskan siapa pengemudi sebenar ataupun at the wheel pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang kelab Inggeris, Manchester United pada awal pagi Rabu.
Selepas menyingkirkan United, Barcelona dilihat seakan menyindir pasukan United kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Perbuatan gurau senda itu dapat dilihat di akaun Twitter rasmi pasukan itu, di mana Barcelona menukar ‘Ole’s at the wheel’ kepada ‘Messi’s at the wheel’ berserta gambar Lionel Messi.

Messi at the wheel #WeColorFootball pic.twitter.com/KgDX7oAa37

— FC Barcelona (@FCBarcelona) April 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Kejutan Man United di Nou Camp tidak menjadi
Laungan ‘Ole’s at the wheel’ digunakan oleh penyokong United dengan irama lagu yang dimainkan Stone Roses, ‘Waterfall’ selepas Solskjaer mencetus kebangkitan skuad the Red Devils itu.
Bagi Barcelona, Messi yang juga pemenang lima kali Ballon d’Or adalah pengemudi sebenar perlawanan menentang United awal pagi Rabu.
Messi menjaringkan dua gol pada babak pertama sebelum bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho menabur garam di atas luka United dengan menjaringkan gol ketiga Barca di Nou Camp.
United merupakan bekas seteru utama Coutinho di Liga Perdana Inggeris, semasa beraksi di Liverpool sebelum ini.
#barcelona #Liga Juara-Juara Eropah #Lionel Messi #messi #Messi s at the wheel #Ole s at the wheel #Solskjaer #troll #Twitter #UCL
;