Barcelona terima tamparan berganda

Astro Arena
Disember 17, 2024 10:00 MYT
Javi Hernandez melihat keadaan Lamine Yamal yang mengalami kecederaan ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Leganes di Stadium Olimpik Lluis Companys di Barcelona, Sepanyol, 15 Dis 2024. (Foto AP)
BARCELONA mengesahkan bahawa Lamine Yamal mengalami kecederaan buku lali dalam kekalahan 0-1 kepada Leganes, semalam.
Dan ini bermakna dia akan terlepas pertembungan getir LaLiga dengan Atletico Madrid, Ahad ini.
Yamal digantikan oleh Gavi di Camp Nou pada minit ke-75 dengan ujian imbasan mendedahkan pemain berusia 17 tahun itu menderita koyakan ligamen tahap satu di buku lalinya.
Bintang remaja Sepanyol itu itu berada dalam prestasi mengagumkan untuk pasukan bimbingan Hansi Flick itu musim ini dengan merekodkan enam gol, 12 bantuan jaringan dalam 21 penampilan.

MEDICAL NEWS The first team player Lamine Yamal received a blow to the right ankle during the game against CD Leganés on Sunday. Tests carried out on Monday have revealed that the player has a grade 1 injury to a ligament in the ankle. The player is expected to be out for 3 pic.twitter.com/IAFD0pWFSS

— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hanya Raphinha (60) yang mencipta lebih banyak peluang berbanding Yamal (29) untuk Barcelona dalam kempen liga, ​​manakala pemain Sepanyol itu kejayaan menggelecek tertinggi, 51 kali, musim ini.
"Yamal dijangka akan diketepikan selama tiga hingga empat minggu," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
#barcelona #Lamine Yamal #cedera #ligamen koyak
;