Barcelona tandatangani anak Ronaldinho

Astro Arena
Mac 3, 2023 11:20 MYT
Berbanding ketika ribuan penyokong hadir menyambut kedatangan Ronaldinho pada 2003, Mendes (gambar) menyertai Barca dengan cara yang lebih sederhana pada majlis menandatangani kontrak. - Foto Astro ARENA
BARCELONA memberikan peluang kepada Joao Mendes untuk melakukan impak di Camp Nou, sama seperti yang dilakukan ayahnya, legenda kelab itu, Ronaldinho.
Pemain berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak untuk menyertai akademi remaja Barcelona.
Mendes diambil Barca selepas melalui tempoh percubaan, di mana dia sebelum ini mewakili beberapa kelab peringkat remaja di Brazil.
Ronaldinho layak bergelar legenda kelab itu menerusi 98 gol yang dijaringkannya sepanjang 207 penampilan bersama Barca dari 2003 hingga 2008.
Dia menyertai pasukan itu selepas menyerlah bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad kebangsaan Brazil sebelum kariernya memuncak dengan membantu Barca memenangi dua gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Ketika ribuan penyokong hadir menyambut kedatangan Ronaldinho pada 2003, anak lelakinya kini menyertai Barca dengan cara yang lebih sederhana, di mana pengarah pembangunan pemain remaja kelab itu, Joan Soler, menjadi saksi Mendes menandatangani kesepakatan berkenaan.

El jugador ha signat, en presència del directiu @SolerFerre i del director del Futbol Formatiu José Ramon Alexanco, la seva incorporació al FC Barcelona en letapa juvenil#FCBMasia pic.twitter.com/IyVWbFddHU

— FC Barcelona - Masia (@FCBmasia) March 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#barcelona #anak Ronaldinho #Joao Mendes #Ronaldinho
;