Barcelona ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah

Agensi
Mac 14, 2018 23:28 MYT
Lionel Messi ledak gol ke-100 dalam aksi Liga Juara-juara Eropah, ketika membantu Barcelona layak ke suku akhir - Foto AP
Lionel Messi ledak gol ke-100 dalam aksi Liga Juara-juara Eropah, untuk membantu pasukannya Barcelona tundukkan Chelsea 3-0.
Aksi di Nou Camp membolehkan Barcelona layak ke suku akhir piala berprestij itu, dengan bekal agregat 4-1.
Jaringan Barcelona dibuka Messi seawal minit ke-2, jaringan paling pantas dalam kariernya.
Ini merupakan kali ke-11 berturut-turut Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-juara Eropah.
Sementara Chelsea, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris lain, Manchester United dan Tottenham Hotspur, tersingkir awal di pusingan kalah mati.
#barcelona #Chelsea #EPL #Liga juara eropah #Liga Perdana Inggeris #Lionel Messi #Manchester United #mati