Bapa bintang EPL Son Heung Min didakwa dera kanak-kanak

Bernama
Ogos 31, 2024 12:45 MYT
Son Woong Jung didakwa atas pertuduhan mendera pemain muda di pusat latihan bola sepak miliknya. - Foto X/MacIntosh Ross
CHUNCHEON: Son Woong Jung, seorang jurulatih bola sepak dan bapa kepada bintang Liga Perdana Inggeris Son Heung Min, didakwa pada Jumaat atas pertuduhan mendera pemain muda di pusat latihan bola sepak miliknya, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pendakwa raya wilayah di Chuncheon, kira-kira 75 kilometer timur laut Seoul berkata Son dan dua pembantu jurulatihnya di Son Football Academy telah diperintahkan untuk membayar denda yang tidak didedahkan serta melengkapkan program latihan yang bertujuan mencegah penderaan kanak-kanak selanjutnya.
Seorang daripada pembantu jurulatih yang terlibat ialah abang kepada Son Heung Min, Heung Yun.
Ketiga-tiga jurulatih itu didakwa melakukan penderaan fizikal dan lisan terhadap pemain muda di kemudahan latihan bola sepak itu.
Kes itu terbongkar apabila ibu bapa kepada seorang pemain melaporkan Son dan kakitangannya kepada polis tempatan pada Mac. Polis kemudiannya merujuk kes itu kepada pihak pendakwaan pada April.
-- BERNAMA
#Son Woong Jung #didakwa #dera kanak-kanak #EPL