Bapa, abang Son Heung-min didenda dera kanak-kanak di akademi bola sepak

Astro Arena
Oktober 13, 2024 15:27 MYT
Bapa dan abang Son Heung-min dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan. - Stadium Astro
BAPA dan abang penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.
Son Woong-jung (bapa) dan Son Heung-yun (abang) bersama seorang lagi staf akademi itu dikenakan hukuman denda berupa wang dan perlu melakukan latihan anti-penderaan selama 40 jam serta mempunyai tempoh seminggu untuk membuat sebarang rayuan.

| Son Woong-jung, the father of Song Heung-min, along with his son Son Heung-yun and another coach, were each fined $2,220 by a local court for ABUSING young players at Son Woong-jung's football youth academy in South Korea. All three were also required to complete pic.twitter.com/j63lJ2ccjM

— CentreGoals. (@centregoals) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketiga-tiga jurulatih itu didakwa melakukan penderaan fizikal dan lisan terhadap pemain muda di kemudahan latihan bola sepak itu.
Kes itu terbongkar apabila ibu bapa kepada seorang pemain melaporkan Son dan kakitangannya kepada polis tempatan pada Mac.
Polis kemudiannya merujuk kes itu kepada pihak pendakwaan pada April. -- Stadium Astro
#penyerang Tottenham Hotspur #Son Heung-min #bapa dan abang didenda #Penderaan Kanak-kanak #Korea Selatan
;