Banjir: KAFA dan PBSNT adakan perlawanan amal kutip derma
Astro Arena
Disember 28, 2014 06:35 MYT
Disember 28, 2014 06:35 MYT
Tersentak dengan bencana banjir yang melanda pantai timur, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan perlawanan amal bagi mengutip dana untuk membantu mangsa banjir kedua-dua negeri itu.
Perlawanan tersebut akan diadakan pada 13 Januari di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
PBSNT juga telah menyalurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 50 mangasa banjir di Kampung Bukit Gemuroh, Terengganu.
Kelantan dan Terengganu dijangka akan menurunkan kesebelasan utama untuk menarik jumlah penyokong yang ramai sekali gus dapat mengumpulkan dana yang lebih tinggi.
Tiket bernilai RM15 akan dikenakan untuk tempat duduk terbuka manakala RM20 bagi yang berbumbung.