KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky tidak menolak kemungkinan menurunkan 'scratch pair' pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang membuka tirai esok.
Bagaimanapun, beliau berkata perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada di Dubai.
"Setakat ini saya tidak perlu beritahu taktikal apa perlu dibuat kerana yang penting adalah untuk menyediakan para pemain menghadapi cabaran di Dubai," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Malaysia mempertaruhkan juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan profesional yang kini berada di ranking kelapan dunia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Rexy sebelum ini pernah menggandingkan Aaron-Ee Yi ketika saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.
Percaturan pakar beregu dari Indonesia itu ternyata menjadi apabila Aaron-Ee Yi menyumbang mata kemenangan menewaskan Jepun 3-2 dengan menumpaskan Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17.
Mereka juga turut melakar kemenangan ke atas Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjalan 21-19, 21-17, sewaktu skuad negara disingkirkan India 3-2 di peringkat suku akhir.
Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.
Dalam pada itu, Rexy mengingatkan para pemain agar tidak terlalu memikirkan ketiadaan seorang daripada pemain beregu lelaki utama India, Satwiksairaj Rankireddy yang digugurkan akibat kecederaan dan diganti Dhruv Kapila.
Sebaliknya, bekas juara Sukan Olimpik 1996 itu mahu anak buahnya untuk fokus terhadap diri mereka terlebih dahulu dan bersiap sedia menyahut cabaran negara pada edisi ketiga kejohanan BAMTC.
Malaysia belum pernah memenangi kejohanan berkenaan setakat ini, selepas tewas di suku akhir pada edisi pertama 2017 di Hanoi, Vietnam dan sekali lagi di peringkat sama pada edisi 2019 di Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
![BAMTC: Rexy mungkin pecahkan gandingan sedia ada BAMTC: Rexy mungkin pecahkan gandingan sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676270129_RexyMainaky.jpg)
Rexy perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736668603_RexyMainaky.jpg)
BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.
![Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
![BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737604072_TBbam.jpg)
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
![Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736668603_RexyMainaky.jpg)
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
![Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.
![WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734330801_tbBAMBWFWorldTou.jpg)
WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan
Rexy hampir memberikan markah penuh kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei susulan prestasi membanggakan pada Jelajah Dunia Akhir BWF.
![Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732433953_tbRexyMainaky.jpg)
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
![Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732253212_ManWeiChong.jpg)
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
![Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729569765_RosmanRazak.jpg)
Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.
![BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728628202_tbVSubramaniam.jpg)
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.