BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024

Bernama
September 18, 2024 21:33 MYT
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 yang dijadual berlangsung di Nanchang, China dari 30 Sept hingga 13 Okt ini.
Pasukan remaja negara memenangi tiga pingat gangsa pada edisi 2023 di Spokane, Washington menerusi acara berpasukan campuran, beregu lelaki (Aaron Tai-Bryan Goonting) dan beregu campuran (Low Han Chen-Chong Jie Yu).
Senarai Pemain Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024:
INDIVIDU:
Lelaki:
Perseorangan: Ayu Fu Sheng, Sng Wei Ming, Kong Zhou Swin, Faiq Haziq Masawi
Beregu: Faiq Haziq Masawi, Loh Zi Heng, Tan Zhi Yang, Aaron Tai, Kang Khai Xing, Lok Hong Quan
Wanita:
Perseorangan Ong Xin Yee, Oo Shan Zi, Lim Zi Shin, Eng Ler Qi
Beregu: Ong Xin Yee, Low Zi Yu, Nicole Chau, Carmen Ting, Dania Sofea Zaidi, Noraqilah Ramdan
Beregu Campuran: Loh Zi Heng, Tan Zhi Yang, Nicole Tan, Datu Anif Datu Asrah, Dania Sofea Zaidi, Noraqilah Ramdan, Clarissa San, Wee Yee Tern
BERPASUKAN CAMPURAN:
Sng Wei Ming, Kong Zhou Swin, Faiq Haziq Masawi, Datu Anif Datu Asrah, Aaron Tai, Kang Khai Xing, Lok Hong Quan, Oo Shan Zi, Dania Sofea Zaidi, Ong Xin Yee, Noraqilah Ramdan, Carmen Ting.
-- BERNAMA
#BAM #Kejohanan Remaja Dunia #BWF #badminton #Nanching #China
;