BAM enggan berdrama dalam pemilihan presiden
Astro Arena
Februari 17, 2017 15:46 MYT
Februari 17, 2017 15:46 MYT
BERBEZA dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu mengelak daripada sebarang konflik tercetus menjelang pemilihan presiden badan induk itu.
BAM enggan berdrama seperti FAM, hingga boleh menjejaskan kesinambungan kejayaan yang dicapai skuad negara terutama di Olimpik Rio 2016.
Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang mendapat mandat pada 2013 memimpin BAM mengambil keputusan untuk berehat pada Oktober 2015 atas faktor kesihatan.
Tan Sri Al Amin Abdul Majid kemudian memainkan peranan sebagai pemangku presiden sebelum peroleh tanggungjawab sebagai chef de mission ke Olimpik Rio menyaksikan skuad badminton menyumbang tiga pingat perak.
BAM masih belum menetapkan tarikh bagi mesyuarat agung bagi pemilihan pucuk kepimpinan penggal baru namun dijangka akan bersidang, April ini.
Difahamkan BAM lebih berminat untuk mendapat kata sepakat berbanding memerlukan pengundian untuk menentukan siapa presiden baru.
Selain Al-Amin, Timbalan Presiden, BAM, Datuk Seri Norza Zakaria juga pilihan utama untuk kerusi ini.
"Saya berharap kami tidak perlu merebut untuk mendapatkan undian, pada saya jika kami dapat sepakat adalah lebih baik.
"Tetapi saya bukan membuat sebarang keputusan, ini adalah urusan politik. Namun, kita perlu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kami kekal bersama demi negara," jelas Pengurus Besar, BAM, Lawrence Chew.
#Al Amin Abdul Majid
#badminton
#BAM
#Norza Zakaria
#pemilihan presiden
#skuad negara
#Tengku Mahaleel Tengku Ariff