BAM bakal singkir pemain tak layak
Astro Arena
September 30, 2015 21:02 MYT
September 30, 2015 21:02 MYT
Pemain-pemain yang gagal menyinar di dalam Persatuan Badminton Malaysia berdepan penyingkiran selepas berakhirnya temasya Olimpik Rio.
Amaran itu dilontarkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria yang tidak mahu pemain-pemain yang menunjukkan pencapaian sederhana terus kekal dalam badan induk itu.
"Sesetengah daripada mereka mencatat keputusan yang tidak baik daripada segi pencapaian, ini merupakan satu amaran buat mereka.
"Mereka harus pertingkatkan prestasi dan mula raih kemenangan dan dalam pada masa yang sama kami membuat penilaian.
"Ia tidak menghalang Morten untuk mengenal pasti pengganti berpotensi, kami perlu melakukannya. Kami perlu proaktif dalam mengenalpasti calon-calon yang boleh menggantikan pemain-pemain ini jika mereka gagal memberikan persembahan yang kami harapkan," katanya.