Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Astro Arena
Mei 12, 2024 14:32 MYT
Mei 12, 2024 14:32 MYT
PEMAIN tunjang Real Madrid, Vinicius Junior, merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu pasukan itu memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu piala Liga Juara-juara Eropah (UCL) keduanya.
Hal itu jelas membuatkannya layak untuk menggondol anugerah tertinggi, Ballon d'Or, kata pengendali Los Blancos, Carlo Ancelotti.
Secara keseluruhan, pemain kebangsaan Brazil itu telah melakukan sebanyak 36 bantuan gol dan sudah mengumpul 21 jaringan sepanjang musim ini.
“Dia sangat menghampiri kejayaan untuk memenangi gelaran itu sekiranya Real Madrid berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir UCL, Jun ini.
“Sebelum saya tiba di Stadium Santiago Bernabéu, saya sudah menyaksikan aksi Vinicius di kaca televisyen (TV), dan menganggap dia sangat berbakat.
“Vinicius selalu memperbaiki gaya permainannya di depan gol dan mempamerkan etika kerja yang bagus ketika latihan pasukan," katanya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro