Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Astro Arena
Mei 29, 2024 08:40 MYT
Mei 29, 2024 08:40 MYT
BEKAS pemain Liverpool, Michael Owen, mempercayai bahawa pemain muda berbakat, Jude Bellingham, mempunyai peluang terbaik untuk memenangi anugerah terbesar, Ballon d'Or, susulan prestasi yang menakjubkan di Real Madrid.
Kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai gelaran LaLiga yang ke-36 dengan mencatatkan satu kekalahan sahaja sambil mendahului carta liga 10 mata di depan pencabar utama, Barcelona.
Sebagai rekod, musim pertamanya bersama Los Blancos, pemain kebangsaan Englad itu telah mencatatkan 19 gol membuatkannya pemain terbanyak menjaringkan gol untuk pasukan itu.
Baru berusia 20 tahun, Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.
Bekas pemain Borussia Dortmund itu berpotensi memenangi anugerah berprestij sekali gus mencetak sejarah sebagai pemain Inggeris pertama merangkul gelaran tersebut selepas Owen sejak 2001.
"Ballon d'Or akan dimenenagi oleh pemain yang mempunyai musim yang cemerlang.
"Selapas menggondol kejuaraan liga, dia akan terus menjadi watak utama Madrid dalam misi mendapatkan kembali UCL. - Stadium Astro