Ballon d'Or: Aitana Bonmati ungguli kategori wanita
Astro Arena
Oktober 31, 2023 11:30 MYT
Oktober 31, 2023 11:30 MYT
PEMAIN tengah Barcelona dan Sepanyol, Aitana Bonmati, mengungguli kategori wanita Anugerah Ballon d'Or di Perancis awal pagi tadi.
Pemain berusia 25 tahun itu menikmati tahun terbaiknya di peringkat kelab dan antarabangsa, di mana dia memenangi saingan liga dan Liga Juara-Juara (UCL) Wanita sebelum memainkan peranan penting ketika membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita -- turut memenangi Anugerah Bola Emas kejohanan itu.
Bonmati mengatasi bintang Chelsea dan Australia, Sam Kerr, yang menduduki tangga kedua, sambil rakan sepasukannya di Barcelona, Salma Paralluelo, menduduki tempat ketiga.
Dua pemain England, yang membantu Lionesses layak ke final Piala Dunia, iaitu Mary Earps dan Rachel Day, turut berada dalam kelompok 10 terbaik, masing-masing di tempat kelima dan ke-10.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro