'Bala tentera bawang' berkampung di FB Sukan Paralimpik Antarabangsa

Astro Awani
Januari 28, 2019 08:00 MYT
Bala tentera bawang ini rata-ratanya membidas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia. - Foto Facebook Paralympic Games
'Laman media sosial Facebook Sukan Paralimpik Antarabangsa (IPC), teruk 'diserang' ribuan netizen Malaysia sejak Ahad.
‘Bala tentera bawang’ ini rata-ratanya membidas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Pagi ini sahaja, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons hampir 40,000 pengguna Facebook.
Antara komen paling banyak diutarakan adalah kami tidak kisah, kami bersama Palestin.
"Kami tidak kisah, bangga dengan keputusan Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia," kata salah seorang pengguna Facebook, Anjallai Vadivil.
BACA: Dituduh anti Yahudi sebab halang atlet Israel, ini jawapan 'power' Tun Mahathir di Oxford
BACA: Israel hipokrit terbesar, cuba gambarkan diri sebagai mangsa - Syed Saddiq
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak.
Presiden IPC, Andrew Parsons berkata perkara tersebut diputusan jawatankuasa itu semasa bermesyuarat di London.
Ia susulan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
#Facebook #IPC #Israel #Mahathir Mohamad #media sosial #Paralympic Games #rakyat Malaysia #Sukan Paralimpik
;