Badrul kecewa rekod 100 meter kembali milik Watson Nyambek
Astro Arena
Januari 11, 2016 22:17 MYT
Januari 11, 2016 22:17 MYT
SELEPAS diumumkan rekod 100 meter kembali menjadi milik Watson Nyambek, ternyata Badrul Hisham Abd Manap melahirkan rasa kecewanya namun tetap terima dengan hati yang terbuka.
Sebelum ini Badrul dimaklumkan keputusan bakal dibuat pada Ahad lepas.
Namun, ianya terus menjadi tanya membuatkan dia terpaksa menunggu sehingga Isnin.
Dan kini apabila keputusan rekod 100 meter miliknya tidak diiktiraf buat masa sekarang, dia terpaksa akur dan semestinya akan dijadikan pembakar semangat baru untuk dia terus berusaha.
"Saya sedih dengan keputusan ini tetapi ini adalah permulaan untuk saya dalam usaha untuk mencuba lebih terbaik tahun ini," kata Badrul.
Tahun ini dia tekad mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu isu itu menjadi halangan untuknya mencipta kejayaan terutamanya dalam Sukan Malaysia (SUKMA), di Sarawak Julai nanti.
Fokusnya kini sudah pasti mahu membuktikan rekod 100 meter sememangnya mampu menjadi milik dia di SUKMA.
"Saya sasar untuk cemerlang di Sukma nanti dan saya mahu buktikan kepada semua orang bahawa rekod itu milik saya.