Badrul Hisyam raih emas di Filipina
Astro Arena
April 9, 2016 14:30 MYT
April 9, 2016 14:30 MYT
PELARI pecut harapan negara, Badrul Hisyam Abdul Manap mengungguli acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Jemputan Terbuka Filipina.
Badrul Hisyam meraih emas apabila melakar catatan masa 10.39 saat, namun larian itu masih belum memadai untuk mengatasi catatan terbaik yang pernah dilakukannya iaitu 10.29 saat pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2015 di Brunei.
Pingat perak menjadi milik seorang lagi wakil negara, Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.41 saat sementara atlet tuan rumah, memungut gangsa dengan catatan masa 10.60 saat.
Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz turut akan berlari dalam acara 200 meter hari ini.
Dalam acara 400 meter lelaki negara, Muhammad Azam Masri menambah pingat perak buat kontinjen negara dengan catatan masa 46.90 saat.