Badminton: Zulfadli Zulkifli lawan Lin Dan di Terbuka Indonesia 2016

Astro Arena
Mei 30, 2016 12:59 MYT
Zulfadli diundi bertemu Lin Dan pada Rabu ini
Wakil negara berdepan cabaran getir sebaik kejohanan badminton Terbuka Indonesia bermula apabila terpaksa menempuh beberapa jaguh dunia.
Beregu campuran utama negara, Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa menempuh pasangan no.1 dunia Zhang Nan dan Zhao Yunlei dari China di pusingan pertama pada Selasa.
Sementara itu, gandingan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong perlu mengatasi beregu ke-4 dunia dari Korea, Kim Gi Jung dan Kim Sa Rang.
Berdasarkan rekod, V Shem dan Wee Kiong mempunyai kelebihan tatkala mencatat dua kemenangan dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Tumpuan bagaimanapun pasti tearah kepada perlawanan yang bakal berlangsung pada Rabu apabila perseorangan negara, Zulfadli Zulkifli diundi bertemu jaguh China, Lin Dan.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini mengakui kecewa tidak dipilih mewakili negara dalam saingan Piala Thomas dua minggu lalu sekalipun menjadi perseorangan ketiga negara berdasarkan ranking.
Namun berdepan jaguh dunia Lin Dan, episod duka Zulfadli dijangka bakal berulang.
Disamping itu, seorang lagi perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain perlu berdepan pemain no.10 dunia dari Jerman, Marc zwiebler.
Bagaimanapun, lain ceritanya buat Datuk Lee Chong Wei diundi berdepan pemain bukan pilihan dari India, Sameer verma.
#badminton #Lin Dan #Terbuka Indonesia 2016 #Zulfadli Zulkifli
;