Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Bernama
Mac 15, 2023 19:43 MYT
Mac 15, 2023 19:43 MYT
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023, hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, tidak berdepan masalah besar untuk menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021, Sitthikom Thammasin dari Thailand 21-12, 21-15 dalam perhitungan yang berlangsung selama 33 minit di Birmingham.
Zii Jia yang kini menghuni tangga keempat dunia, dijangka akan bertemu sama ada Kenta Nishimoto dari Jepun atau pemain Kanada Brian Yang dalam pusingan kedua esok.
Beliau merupakan juara All England 2021.
Sejak menjuarai Terbuka Thailand Mei tahun lepas, Zii Jia masih belum merangkul sebarang gelaran setakat ini.
- BERNAMA