Badminton: Thien How-Khim Wah tebus kehampaan
Astro Arena
Jun 26, 2015 14:00 MYT
Jun 26, 2015 14:00 MYT
Wakil beregu negara, Hoon Thien How-Lim Khim Wah akan mengiringi Datuk Lee Chong Wei membawa nama negara di Kanada setelah bangkit semula untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-14 menentang gandingan Jerman yang dibarisi Michael Fuchs-Johannes Schoettler di Terbuka Kanada.
Kemenangan ini akan membawa Thien How-Khim Wah ke peringkat suku akhir dan bakal berdepan Ko-Chi Chang-Tzu Wei Wang dari Taiwan yang berjaya menyingkirkan gandingan tuan rumah iaitu Jason Anthony Ho Shue-Jonathan Lai.
Pertembungan suku akhir itu dijangka menjadi cabaran yang selesa buat wakil Malaysia tetapi Thien How-Khim Wah harus berwaspada menentang bakat muda dari Taiwan itu untuk mempertahankan reputasi mereka.
Thien How-Khim Wah berhasrat untuk memberi segalanya di Kanada untuk menebus paparan hambar ketika beraksi dalam Terbuka Amerika Syarikat minggu lepas.