Badminton Terbuka Singapura: Leong Jun Hao singkir Anthony Ginting

Astro Arena
Mei 30, 2024 10:46 MYT
Leong Jun Hao mencipta sensasi dengan menyingkirkan pilihan ketujuh Badminton Terbuka Singapura, Anthony Ginting. - Foto FB BAM
PERSEORANGAN lelaki negara, Leong Jun Hao, mencipta sensasi dengan menyingkirkan pilihan ketujuh Terbuka Singapura, Anthony Ginting, sebentar tadi.
Langkah garang dalam set pertama kejohanan super 750 itu membuka jalan untuk Jun Hao mencipta kemenangan 21-14 tetapi set kedua ibarat mengundang skeptikal reputasi prestasi pemain negara apabila tumbang 10-14.
Namun, tanggapan itu dipadamkan Jun Hao apabila menerajui set ketiga 11-1 sebelum membenam dua smash terakhir untuk menempah pertemuan Viktor Axelsen.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#perseorangan lelaki negara #Leong Jun Hao #Badminton Terbuka Singapura #Anthony Ginting #viktor axelsen