Badminton Terbuka Perancis: Tze Yong peroleh kemenangan percuma ke separuh akhir

Bernama
Oktober 27, 2023 18:55 MYT
Tze Yong memperoleh kemenangan percuma selepas pilihan keempat Kunlavut Vitidsarn dari Thailand menarik diri pada aksi suku akhir di Arena Glaz.- Gambar fail/BAM
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong mara ke separuh akhir tanpa perlu 'bermandi peluh' apabila lawannya menarik diri di Terbuka Perancis 2023 hari ini.
Wakil tunggal negara itu memperoleh kemenangan percuma selepas pilihan keempat Kunlavut Vitidsarn dari Thailand menarik diri pada aksi suku akhir di Arena Glaz.
Tze Yong dijadual berdepan sama ada Li Shi Feng dari China atau Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi suku akhir.
Pemain negara di ranking ke-18 dunia itu melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan wakil tuan rumah Arnaud Merkle 21-19, 21-8.
-- BERNAMA
#Badminton Terbuka Perancis #Ng Tze Yong #mara ke separuh akhir #Kunlavut Vitidsarn #tarik diri
;