Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Astro Arena
April 8, 2016 23:16 MYT
April 8, 2016 23:16 MYT
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Setelah mengharungi perlawanan tiga set bersama wakil Korea Selatan, Son Wan Ho, semalam, Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menewaskan Axelson selaku pemain No.6 dunia.
Dengan itu, Chong Wei akan membuat perhitungan bersama seorang lagi wakil Denmark, Jan O' Jorgensen pada peringkat separuh akhir esok.
Sekiranya menang, Chong Wei bakal bertemu salah satu wakil Indonesia, Christie Jonatan atau juara bertahan dari China, Chen Long.