Badminton Terbuka Jepun: Ng Tze Yong lunas dendam ke atas Loh Kean Yew

Astro Arena
Julai 26, 2023 04:58 MYT
Pemain berusia 23 tahun itu hanya memerlukan 41 minit untuk menandakan dominasinya dengan kemenangan mudah 21-16, 21-17. - Gambar fail/BAM
PERSEORANGAN lelaki negara, Ng Tze Yong, melunaskan misi balas dendam apabila menewaskan bekas juara dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Gimnasium Yoyogi, Tokyo sebentar tadi.
Tze Yong tewas 20-22, 19-21 kepada Kean Yew dalam suku akhir Terbuka Korea Selatan minggu lalu tetapi kali ini, dia membuktikan bahawa dia merupakan pemain yang lebih unggul apabila mencatatkan kemenangan secara set langsung untuk ke pusingan kedua.
Pemain berusia 23 tahun itu hanya memerlukan 41 minit untuk menandakan dominasinya dengan kemenangan mudah 21-16, 21-17.
Tze Yong seterusnya akan menantikan pemenang di antara dua perseorangan India, Priyanshu Rajawat dan Lakhsya Sen, bagi penentuan ke suku akhir esok. -- Stadium Astro
#badminton terbuka Jepun #Ng Tze Yong #Loh Kean Yew #perseorangan negara