Badminton Terbuka Hong Kong: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke separuh akhir

Astro Arena
September 15, 2023 07:18 MYT
Esok, mereka akan berdepan satu lagi cabaran dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaar, yang mengejutkan pilihan utama dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara. - Foto Stadium Astro
PEARLY Tan-M. Thinaah mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengecewakan Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kittitharakul dalam Terbuka Hong Kong BWF, sebentar tadi.
Bersandarkan empat kemenangan dalam pertemuan terdahulu, beregu wanita negara itu perlu memadam kelebihan awal 18-15 seteru dari Thailand itu di Hong Kong Coliseum sebelum membenam pilihan keempat tersebut 21-14, 21-19 dalam tempoh 1 jam 4 minit.
Esok, mereka akan berdepan satu lagi cabaran dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaar, yang mengejutkan pilihan utama dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Pearly Tan #beregu wanita negara #M Thinaah #Badminton Terbuka Hokong #melangkah ke separuh akhir