Badminton Terbuka China: Ng Tze Yong dikejutkan lawan di ranking ke-45
Astro Arena
September 7, 2023 15:24 MYT
September 7, 2023 15:24 MYT
NG TZE YONG gagal menepati ramalan apabila kecundang 21-18, 11-21, 20-22 kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, dalam pusingan kedua Terbuka China BWF di Changzhou, sebentar tadi.
Lebih memburukkan lagi dalam situasi getir dengan mendahului 15-8 dalam set penentuan, Tze Yong turut melepaskan empat kesempatan mata akhir untuk dikejutkan oleh lawan di ranking ke-45 dunia itu.
Kejayaan dalam tempoh 74 minit itu menyaksikan menebus kekecewaannya dalam Kejohanan Seluruh England, Mac lalu.
Sementara itu, pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, menafikan langkah Pearly Tan-M Thinaah menerusi kemenangan 21-16, 21-16.
Kehampaan itu ditebus duo beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 21-15, 15-21, 21-18 dan 18-21, 21- 19, 21-12. -- Stadium Astro