Badminton: 'Tahi burung' punca Vivian Hoo- Chiew Sien tewas di Terbuka India

Astro Arena
Januari 19, 2024 17:30 MYT
Insiden 'pelik' dan 'lucu' berlaku di gelanggang apabila beberapa kali perlawanan terpaksa dihentikan kerana terdapat tahi burung dan habuk yang jatuh di dalam gelanggang. - Foto Stadium Astro
NASIB malang menimpa beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien apabila tersungkur di pusingan kedua berdepan gandingan Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam dalam aksi rubber set 11-21 21-15 10-21.
Menurut Chiew Sien, insiden 'pelik' dan 'lucu' berlaku di gelanggang apabila beberapa kali perlawanan terpaksa dihentikan kerana terdapat tahi burung dan habuk yang jatuh di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung yang turut menyumbang kepada terganggunya fokus mereka dan antara faktor mereka tewas pada aksi tersebut.
"Saya rasa perlawanan sebentar tadi suatu pengalaman yang istimewa buat kami dan Vivian.
"Ia kali pertama kita bermain dalam pertandingan yang adanya tahi burung jatuh ke dalam gelanggang dan perlawanan acap kali terpaksa dihentikan.
"Sesuatu yang istimewa dan agak kelakar juga sebenarnya, " jelas Chiew Sien.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Badminton Terbuka India #beregu wanita negara #Vivian Hoo #Lim Chiew Sien #tewas
;