Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16

Astro Arena
Oktober 3, 2023 15:00 MYT
Seperti dijangka, Zii Jia mudah mengatasi Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus dari Timor Leste 21-0, 21-7.- Gambar fail/Stadium Astro
PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.
Seperti yang dijangka, Zii Jia mudah mengatasi Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus dari Timor Leste 21-0, 21-7, manakala Jin Wei menewaskan wakil Vietnam, Vu Thi An Thu 21-10, 21-13.
Zii Jia dijangka bakal berdepan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam pusingan berikutnya.
Manakala Jin Wei pula bakal menghadapi ujian getir apabila bertemu pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, dalam usaha memburu slot ke suku akhir.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Asia Hangzhou #badminton #Lee Zii Jia #goh jin wei
;