Badminton Sukan Asia Hangzhou: Lee Zii Jia bangkit teruskan kemaraan

Astro Arena
Oktober 2, 2023 14:11 MYT
Zii Jia seterusnya akan bertemu pemain Timor Leste, Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus, bagi penentuan ke pusingan 16 esok. - Foto Stadium Astro
PERSEORANGAN lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk layak ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki Sukan Asia Hangzhou di Gimnasium Binjiang sebentar tadi.
Ini selepas taruhan utama negara itu bangkit memenangi dua set terakhir ke atas jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long, yang dibimbing legenda perseorangan negara, Wong Choong Hann.
Zii Jia mempamerkan aksi rapuh pada pemulaan saingan, di mana dia tewas mudah 15-21 hanya dalam 18 minit set pertama.
Bagaimanapun, dia bangkit mempamerkan penguasaan total menuju ke penghujung set kedua untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15.
Zii Jia kemudian menguasai rentak permainan dalam set penentuan untuk tidak pernah ketinggalan sejak dari awal sebelum mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 62 minit.
Dia seterusnya akan bertemu pemain Timor Leste, Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus, bagi penentuan ke pusingan 16 esok.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Sukan Asia Hangzhou #badminton #Lee Zii Jia #layak ke pusing kedua
;