Badminton Piala Sudirman: Malaysia diuji lagi oleh Korea Selatan di suku akhir

Bernama
Mei 13, 2015 14:25 MYT
Malaysia muncul juara Kumpulan 1D selepas menewaskan pasukan pilihan, Korea Selatan 3-2 pada perlawanan pertama. - Gambar Fail
Pasukan badminton negara sekali lagi akan bertemu Korea Selatan pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman di Dongguan, China, esok.
Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara Kumpulan 1A, China pula diundi menentang naib juara kumpulan yang sama, Jerman di suku akhir.
Malaysia muncul juara Kumpulan 1D selepas menewaskan pasukan pilihan, Korea Selatan 3-2 pada perlawanan pertama, sebelum mengalahkan India 3-2.
Sementara itu, saingan suku akhir lain menyaksikan juara Kumpulan 1B, Jepun akan menentang juara Kumpulan 1C, Denmark manakala naib juara Kumpulan 1B, Taiwan bertemu naib juara Kumpulan 1C, Indonesia pada perlawanan yang akan diadakan Jumaat ini.
#badminton #Korea Selatan #Lee Chong Wei #Malaysia #Piala Sudirman