Badminton: Perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon rampas gelaran No.1 dunia
Astro Arena
April 18, 2016 13:35 MYT
April 18, 2016 13:35 MYT
SETELAH menjuarai Kejohanan Terbuka Singapura baru-baru ini, perseorangan wanita dari Thailand, Ratchanok Intanon, akan meraih gelaran pemain No.1 dunia buat kali pertama dalam kerjayanya.
Pencapaian itu menyaksikan Intanon muncul wakil Thailand pertama dalam sejarah untuk menghuni kedudukan ranking No.1 dunia. Pemain berusia 21 tahun itu menidakkan wakil dari China, Sun Yu, 18-21, 21-11, 21-14 untuk meraih gelaran kelimanya tahun ini.
Lebih menarik, kejuaraan Terbuka Singapura merupakan gelaran ketiga berturut-turutnya setelah menjuarai Terbuka India dan Terbuka Malaysia sebelum itu. Untuk rekod, Intanon menjadi pemain ketiga dalam sejarah Siri Super untuk memenangi hatrik kejuaraan.
"Kini, saya lebih yakin untuk mendapatkan pingat emas dalam Sukan Olimpik nanti.
Intanon akan merampas takhta pemain dari Sepanyol, Carolina Marin, yang menghuni tempat pertama selama 26 minggu apabila kedudukan ranking terbaru dikeluarkan, Khamis ini.