Badminton: Pemain Malaysia Teck Zhi muncul johan junior Asia
Bernama
Julai 14, 2013 18:38 MYT
Julai 14, 2013 18:38 MYT
Pemain Malaysia Soo Teck Zhi muncul juara junior Asia selepas berhempas pulas menentang Jin Jeon Hyuk dari Korea Selatan di Kejohanan Badminton Belia Asia Bawah-19 100PLUS di sini hari ini.
Teck Zhi yang merupakan pemain kedua Malaysia merangkul mahkota itu selepas Zulfadli Zulkifli, menewaskan pihak Korea 21-17, 13-21, 21-15 untuk memenangi juara perseorangan lelaki.
Zulfadli meraih kejayaan itu pada 2011 di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur.
Teck Zhi kemudian mendedahkan bahawa kemenangan itu sebagai menampung peluang yang terlepas tahun lepas oleh beliau akibat pertembungan tarikh dengan kejohanan Sekolah-sekolah ASEAN yang beliau sertai dan menang.
"Saya telah menunggu sekian lama untuk pertandingan ini dan kemenangan ini satu perasaan yang amat menyeronokkan," kata Teck Zhi, selepas upacara penyampaian hadiah.
Dalam kategori wanita, pemain Jepun Aya Ohori, pilihan nombor tiga di sini, muncul juara perseorangan wanita selepas menewaskan pemain pilihan utama Thailand Ongbamrungphan Busanan 21-11, 19-21, 21-13 di peringkat akhir.
100PLUS, yang mengambil pemenang pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim sebagai duta jenamannya, adalah penaja utama kejohanan itu.