Badminton Olimpik Paris: Mathias Christiansen pilih tarik diri

Astro Arena
Julai 18, 2024 12:31 MYT
Tanpa Christiansen, maka secara rasminya Denmark tidak akan diwakili oleh beregu campuran di sukan Olimpik. - Stadium Astro
MATHIAS Christiansen telah memilih untuk menarik diri daripada sukan Olimpik minggu depan di Paris kerana dia secara tidak sengaja melakukan kesilapan sebanyak tiga kali untuk tidak melaporkan diri dalam tempoh 12 bulan lalu.
Oleh itu dia berisiko tinggi untuk dihukum dan dengan situasi ini dan secara rasminya Denmark tidak akan diwakili oleh beregu campuran di sukan Olimpik.
"Saya sangat kecewa kerana dari kecuaian saya menjadi asbab terlepas apa yang sepatutnya menjadi salah satu kemuncak dalam kerjaya kami.
"Dan saya amat kecewa kerana ini juga bermakna Alexandra Bøje tidak akan hadir ke Olimpik. Kami berdua berlatih secara intensif dan benar-benar tidak sabar untuk bertanding di Paris," kata Mathias Christiansen.
"Saya tidak mahu mengambil risiko penyertaan saya dalam Sukan Olimpik mencipta bunyi yang tidak enak, yang juga boleh mengganggu rakan sepasukan kami, baik dalam pasukan kebangsaan mahupun atlet Olimpik yang lain, dan itulah sebabnya saya memilih untuk menarik diri," tambahnya lagi.
Mengikut peraturan antidoping negara itu, atlet dikehendaki melaporkan keberadaan mereka tiga bulan sebelum sukan Olimpik.
Menurut peraturan itu lagi, sekiranya atlet mendapat tiga amaran dalam tempoh 12 bulan, ia boleh dianggap sebagai satu pelanggaran dan mereka berpotensi untuk digantung dan dikenakan penalti.
Dalam situasi Mathias, situasinya sukar tetapi sesuatu yang perlu dilakukannya.
Bagi Persatuan Badminton Denmark pula ada kekesalan terhadap situasi itu tetapi memahami keputusan itu.
"Ia adalah situasi yang amat malang yang dihadapi Mathias - dan pada masa yang paling teruk. Kami mengiktiraf peraturan yang ada dan Mathias berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan.
"Mathias Christiansen kini menunggu sama ada Antidoping Denmark akan melaporkan kes itu kepada Jawatankuasa Doping, yang mana dalam kes ini tindakan perlu diambil kerana ianya adalah satu kesilapan berat buat seorang atlet."
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Mathias Christiansen #tarik diri #Sukan Olimpik Paris 2024 #badminton #Denmark
;