Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior

Astro Arena
November 16, 2023 12:38 MYT
Set penentuan jelas memihak kepada Tang Jie-Ee Wei dengan beberapa siri kesilapan Soon Huat-Shevon membawa padah. - Foto Stadium Astro
GANDINGAN beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan menewaskan pasangan itu dalam aksi tiga set untuk mara ke suku akhir.
Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon menang dengan keputusan 21-16, sebelum Tang Jie-Ee Eei pastikan perseteruan mereka berterusan ke set penentuan hasil kemenangan set kedua 21-13.
Set penentuan jelas memihak kepada Tang Jie-Ee Wei dengan beberapa siri kesilapan Soon Huat-Shevon membawa padah sekali gus membolehkan Tang Jie-Ee Wei menang 21-13.
Sementara itu satu lagi beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dalam straight set.
Selepas terikat 4 sama di set pertama, Kian Meng-Pei Jing pamer aksi bertenaga untuk menang 21-14.
Set kedua sedikit sengit tetapi pasangan Korea itu tidak dapat mematahkan momentum Kian Meng-Pei Jing yang menang 21-17 dalam tempoh 36 minit permainan.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#badminton #Terbuka Jepun #Chen Tang Jie #toh ee wei #beregu campuran Malaysia #goh soon huat #shevon lai
;